Kali ini apa pula yang ingin aku kongsikan. Beri satu percuma tiga? Menarik bila mendengarnya, siapa yang tidak mahukan barang yang percuma? Lebih - lebih hanya beri satu dapat tiga.Kalau orang perempuan dengar ni, mesti tak senang duduk para suami. Dipaksanya segera untuk mendapatkannya kerana dibimbangi habis. Macam jual barang pula. Tapi sebenarnya bukan itu yang ingin aku kongsikan di sini. Tapi mengenai sikap ataupun tabiat kita yang memang lumrah dan sebati dalam diri kita.
Maksud aku ialah tabiat kita yang suka "menuding jari pada orang lain". Kenapa ini berlaku? Ini bertujuan untuk menyembunyikan kesalahan diri. Untuk mengelakkan kesalahannya, maka dituding jari kepada individu lain. Belum dicampur lagi dengan "mereka cerita" pula. Inilah sikap yang ingin aku kongsikan bersama. Sikap ini memang tidak dapat lari daripada hidup kita. Teringat pula aku pada lagu rakyat yang sangat popular suatu ketika dahulu : "bangau oh bangau"

bangau oh bangau,
mengapa engkau kurus,
macam mana aku tak kurus,
ikan tak timbul-timbul
ikan oh ikan,
mengapa tak timbul-timbul,
macam mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat,
rumput oh rumput,
mengapa panjang sangat,
macam mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku,
kerbau oh kerbau,
mengapa tak makan rumput,
macam mana aku nak makan,
perut aku sakit,
perut oh perut,
mengapa engkau sakit,
macam mana aku tak sakit,
makan nasi mentah,
nasi oh nasi,
mengapa engkau mentah,
macam mana aku tak mentah,
kayu api basah,
kayu oh kayu,
mengapa engkau basah,
macam mana aku tak basah,
hujan timpa aku,
hujan oh hujan,
mengapa kau timpa kayu,
macam mana aku tak timpa,
katak panggil aku,
katak oh katak,
mengapa kau panggil hujan,
macam mana aku tak panggil,
ular nak makan aku,
ular oh ular,
mengapa nak makan katak,
macam mana aku tak makan,
memang makanan aku
lagu rakyat ini walaupun nampak seperti jenaka, tetapi sebenarnya ia membawa message yang berguna pada kita. Jika dilihat pada setiap turutan rangkap lagu bermula daripada hujan sehinggalah kepada ular, apa yang dapat dilihat, semuanya saling salah - menyalahi antara satu sama lain. Masing - masing memberikan jawapan tersendiri bagi menyelamatkan diri. Asalnya aku hanya ambil enteng pasal lagu ini, tetapi apabila dihayati liriknya, maka barulah aku faham.
Memang fitrah bagi sebahagian manusia yang tidak mahu mengaku kesalahan diri sendiri, sering mencari jalan untuk melepaskan diri dan mencampakkan kesalahannya itu kepada orang lain. Hal ini sangat tidak wajar sebenarnya. Senang cerita, ini adalah salah satu sifat mazmumah yang patut kita hindari. Sebagai satu contoh yang lain, " kentut ", tidak ada individu yang akan mengaku dia kentut, malah akan saling salah - menyalahi dan lebih dahsyat lagi, hanya kerana kentut sahaja, maka berlaku bertikam lidah dan pergaduhan. Bermula daripada benda yang kecil, kemudian menjadi bertambah besar hanya kerana tidak mengaku. Berdosakah kita sekiranya kita mengaku kesalahan kita? Atau adakah jika kita mengaku, kita akan diambil tindakan yang berat?
Teringat pula aku ketika sesi pembelajaran yang lepas, ada seorang pelajar lelaki darjah satu telah memberi ayat yang menggelikan hatiku. Ayatnya berbunyi, " ustaz, baju - baju saya dah kecillah, minggu depan mak saya nak beli yang baru" hahahaha, aku hanya mampu tersenyum. Ikutkan hati mahu sahaja aku ketawa terbahak - bahak. Akupun menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada dia. Sebenarnya baju itu tidak mengecil, tetapi tubuh kita yang semakin membesar, barulah pelajar tersebut faham dan mengerti. Cerita ini walaupun nampak seperti bersahaja saja, tetapi jika dihalusi, amat memberi kesan dan pengajaran. Baju pula yang dipersalahkan sedangkan badan yang makin membesar.
Selain itu, sekiranya kita didatangi dengan suatu berita buruk atau meragukan, janganlah kita terus menerima berita itu sepenuhnya, bahkan sebaiknya hendaknya kita selidiki dan siasat dahulu sebaiknya supaya tidak menjadi fitnah. Sekiranya kita memburukkan seorang yang kita tahu tentang keburukannya, maka ia dipanggil mengumpat, dan sekiranya kita memburukkannya dengan berita yang meragukan tentangnya maka ia dipanggil fitnah. Ini bersesuaian dengan hadis nabi :

الفِتْنَةُ َأشَدُّ مِنَ القَتْلِ
Ertinya: "fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh"

Ironinya, sebelum kita bertindak, mestilah kita fikirkan dahulu baik buruknya, selidikilah dahulu, ini bersesuain dengan firman Allah swt di dalam surah Al - hujurat ayat 6:
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"
Amaran Allah swt ini sangat jelas dan bernilai di dalam penghayatan kita seharian. Jika kita jadikan Syariat sebagai panduan hidup, Insya Allah kita akan selamat di dunia dan di akhirat. Semoga cebisan ringkas ini dapat memberikan sedikit input yang berguna untuk kita sama - sama memperbetulkan kesilapan dan memperbaharui sikap kita supaya menjadi yang baik. Sebagai manusia, kita hendaklah saling tegur - menegur antara satu sama lain. Tanpa teguran, kita masih ditahap lama dan tidak tahu apakah kesilapan yang kita sudah lakukan.
can i say sumting
ReplyDeletebg can la anonymous nak komen
n rjn2 la update
n rjn2 la blogwalking klo nak ramai org follow .
that's all
iklan tanpa tajaan
:)